Saturday, September 23, 2006

Sanggupkah Anda Buat Begini?

"Ustaz, saya ingin bertanya.. Saya menjaga ibu saya yang uzur... Saya membasuh kemaluan ibu saya.. Bagaimana dengan puasa saya..."

Ustaz bertanya "Adakah saudara sudah berkahwin?"

Pemanggil menjawab "Belum Ustaz"

Ustaz menjawab "Palingkan muka kearah lain semasa membasuh kemaluan ibu saudara"...

Setelah talian putus, kedua-dua Ustaz dan DJ radio memuji-muji kesabaran jejaka pemanggil itu. Saya menitiskan airmata mendengar perbualan itu dan berfikir sungguh beruntunglah siibu yang melahirkan jejaka itu. Alangkah bertuah nya si-isteri mendapat jejaka itu sebagai suaminya.

Kisah ini berlaku hampir 1 tahun yang lalu, seorang ibu tua dibawa oleh anak lelakinya yang tinggal di bandar menziarahi ahli keluarga di sebuah kampung. Sekembali dari tempat ziarah, si ibu kelihatan terkocoh-kocoh, pantas berlari keluar dari kereta. Langkahnya agak tergopoh-gopoh menaiki anak tangga rumah. Fikir si anak yang masih belum sempat menarik handbrake keretanya, pasti si ibu bergegas untuk segera menunaikan solat Maghrib kerana azan telah berkumandang di surau yang berdekatan. Tapi bila dia mula menjejaki anak tangga, "Subhanallah!"

si anak terkejut melihat najis bejejeran di anak tangga dan dilaman rumah.

"Mak sakit perut rupanya," bisik hatinya. Tanpa berlengah segera disinsingnya lengan baju dan kaki seluar. Najis disodok dan dibuangkan. Getah paip ditarik lalu dialirkan air menuruni anak tangga.

Ibu yang sudah selesai membersihkan diri dan solat Maghrib terkocoh-kocoh sekali lagi menanggalkan telekung, mencapai baldi dan gayung dalam langkah yang terhencut-hencut cuba menuruni anak tangga.

Terpana si ibu di muka pintu melihat anak-anak tangga sudah dimop bersih, seperti hilang akal sejenak. Tak sembahyang Maghrib ke?" Tanya ibu kepada si anak dalam keadaan serba-salah. Tak apalah mak, saya musafir, Maghrib tu di jamak takhir dengan Isyak nanti." Si ibu tak terkata apa. Tangan kanan masih memegang baldi. Tangan kiri pula memaut grill pintu. Matanya terus memerhatikan si anak, dalam hati penuh sebak dan keharuan, mengucap puji syukur pada Allah kerana anak yang diasuh dari sebesar dua tapak jari, dicucikan najisnya setiap hari itu, buat pertama kalinya menyucikan najis ibunya pula hari ini.

"Ya Allah! begini mulia rahmatmu mengurniakan hamba mu ini anak yang soleh, dia mengenang jasa Ya Allah! dan membalas budi, aku bersyukur padamu.... aku bersyukur pada mu Ya Allah!" sempat si ibu memanjatkan doa dalam hati.

Terasa benar maruahnya dihargai, tawadhuk sungguh mengecapi nikmat kasih....... Rentetan dari peristiwa itu, dapat dilihat keberkatan dalam hidup si anak kerana apa saja kerja yang dibuat terasa dipermudahkan oleh Allah. Inilah yang dikatakan keberkatan memuliakan insan yang dimuliakan oleh Allah SWT.
Hadis Nabi saw: "Hinalah umatku, hinalah umatku, dimana dalam sisa usia orang tua mereka, tidak dimanfaatkan apa-apa untuk meraih rahmat dari Allah SWT"

Rahsia Kecantikan Sebenar

Jadikanlah ini sebahagian dari amalan..

Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a

Memang tak disangsikan lagi, bila kita berwudhu dan insya ALLAH bila dihayati ibadat kita ni, memang wajah kita akan segar dan org nampak pun bercahaya. Pelikkan padahalnya kita tak letak pun lampu ke lilin ke atau tepek kertas fluorescent kat muka pun kan? Alahai, alangkah bahagianya jika kita mcm tu dan org2 yang kita pandang pun mcm tu. Kengkawan mesti pernah dengar kan cerita ulama dgn pramugari tu? Ala yg pramugari tu tegur sorang ulama bila dia basuh kaki masa amik wudhu tu.

Ok lah saye cilok cerita tu sket kalau tak nanti tak semua faham maksud saya. Bila je ditegur ulama nih pun tanyala si pramugari berapa kali dia basuh muka sehari. Pramugari tu kate 2-3 kali. Pastu ulama tu jawab kata dia basuh kaki dia at least 5 kali sehari maksudnya kaki dia lagi bersih dari pramugari tuh. Tapi mmg la secara logiknya kan, bila kita cuci muka kerap2 bersihla jadiknya kan. Kalau nak naik jerawat pun jerawat kata kensel aa muka dia nih asyik cuci aje….ke ke…

Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

Dah berkali-kali kita baca tentang kelebihannya pergerakan-pergerakan ketika kita menunaikan solat. Tambah pulak bila kita solat berjemaah, selain dapat pahala, kita juga boleh meneutralkan cas2 yang terlebih ke terkurang dalam badan kita dlm proses peneutralan semasa kita solat beramai2 tuh. Bukan taknak kasi orang bersukan tapi pada saya la banyak sangat pantang larang bila kita nak bersukan kat luar. Aurat nak kene jaga. Pastu pergerakan esp yang perempuan kalau over kan tutup pun nampak sensored abis…tak larat sampai mak cik nak nengok. Dengan solat, pahala pun dapat faedah pun ada. So, cukup2 kan lah solat kita nih supaya tenang di hati dan lega di badan ek…..

Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

ehe..tak comel ke atau ilang macho ke kalau senyum? Jangan runsing la kalau kita rasa kita tak lawa mana. Kalau kita senyum semua orang akan senang dengan kita dan insya ALLAH hidup kita akan lebih senang dan tenang

Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

Apa dia kalimat2 ALLAH? Ramai yang macam tertanya-tanya nak kene ngaji ke? Camne lak aku nak ngaji kalau setakat hafal surah al Fatihah aje. Ntah la, bila takde buat mende mcm naik bas ke, tgh bawak kete sesorang la sebagai contohnya, takde ruginya kalau kita berzikir Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..tak pun gini, asmaul Husna tu kan…kita fotostat satu copy arini baca arRahman, esok ar Rahim, bila dah cukup 99 hari kita dah pun berzikir nama2 ALLAH…dan bila 3 kali baca asmaul Husna dah nak abis setahun kan…pasal kuantiti toksah runsing la biar ALLAH aje yang tahu sbb perkara yang penting nya adalah kita berzikir.

Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud a.s. iaitu selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

Tambah pulak kalau kita on diet kan. Elok lah guna cara berpuasa di samping kita bermuhasabah mengenang untungnya kita kat Malaysia ni even kurang gula di pasaran he he, kita masih cukup makan kan? Siannya kat orang yang kelaparan..Uhuk!!!

Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

bukan maksud mengembang tu nak membesarkan body kan, nih nak kasi kita menonjol gitu… ingat lagi masa form 1 kat sekolah saye dulu, wajib kene bagi salam kat senior. Maklum la junior tapi no hal la bila kenang2, dah la dapat pahala tapi kita juga akan menghormati dan akan dihormati juga… sayangnya budaya bagi salam nih kat kalangan junior jek…nape ek aku sendrik tak bagi salam pada senior seelok2 nya naik form 2…ihh…payah nak jawab beb maklum la dah masuk korum senior..ke ke… tapi kalau macam orang yang keje dalam kilang ke, atau pejabat dia besar dan selalu lalu lalang kan, sebarkan lah salam dan time makan tu terkena dok semeja dgn org yg tak kenal, tegur2 la supaya kite jadik glamer.. he he.. glamer ni rezeki tau..tak caya? Cuba lah dulu dan anda akan faham apa itu rezeki yang saya maksudkan…

Friday, September 22, 2006

Khutbah Jumaat 22th September 2006

( 22 September 2006 / 29 Sa’ban 1427 H )


اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ جَعَلَ رَمَضَانَ شَهْرًا مُبَارَكً وَفَرَضَ فِيْهِ الصِّيَامَ وَأَعَدَّ فِيْهِ فَضْلاً كَبِيْرًا وَأَجْرًا عَظِيْمًا أَحْمَدُهُ سُبْحَانَهُ وَأَشْكُرُهُ عَلَى جَزِيْلِ إِنْعَامِهِ وَإِفْضَالِهِ.

أَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُوْنَ، إِتَّقُوْا اللهَ أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْن.

سيدغ جمعة يغ درحمتي الله،
ساي برفسن كفد توان2 دان ديري ساي سنديري سوفاي برتقوا كفد الله دغن سبنر2 تقوى. ماريله سام2 كيت ملقسناكن سضالا فرينته الله دان منجاءوهي سرتا منيغضلكن سضالا لارغنث. موده-مودهن كيت اكن مندافت كباءيقكن ددنيا، كباءيقكن داخيرة دان ترفليهارا درفد عذاب افي نراك.

قوم مسلمين يغ بربهاضيا،
سامأد كيت سدر اتاوفون تيدق، ستياف دتيق دان ساعة اكن تتف برلالو منيغضلكن كيت. ستياف دتيق دان كتيك اكن منجاديكن كيت سماكين توا دمان هاري اين لبيه توا دري سمالم دان كأدأن اين اكن برتروسن تنفا ممفرسوءالكن سامأد كيت برسديا اتاوفون تيدق. بضيتو جوض دغن فرجالنن ماس، هاري برضنتي هاري دان بولن برضنتي بولن. دمان سكارغ كيت براد دفغهوجوغ بولن شعبان دان بولن رمضان اكن منجلغ تيبا. فد مالم اين فثمفن موهر بسر راج2 ملايو اكن مغاشتهاركن فرمولأن فواس، سمأدا 01 رمضان برمولا فد بيسوق اتاو أحد اين 24 2006 Sept . بولن رمضان مروفاكن بولن يغ فنوه دغن كبركتن دان كأمفونن دري الله سبحانه وتعالى. بولن رمضان اداله بولن يغ دتغضو2 دان دريندوءي اوليه ستياف اينديؤيدو مسلم كران ددالمث تردافت برباضاي-باضاي كإيستيمواءن دان كلبيهن يغ تله دسدياكن اوليه الله سبحانه وتعالى.

سباضاي سأورغ مسلم كيت سمستيث مراس ضمبيرا دان برشكور دغن كداتغن بولن رمضان المبارك دان سام2 برتيكد مغحياتيث دغن فنوه كإنصافن دان كسوغضوهن. فرمان الله دالم سورة البقرة اية 183 يغ بربوثي:


مقصودث: " واهاي اورغ2 يغ برايمان، دواجبكن كامو برفواسا سباضايمان دواجبكن كأتس اورغ2 تردهولو درفد كامو، سوفاي كامو برتقوا."

حاضيرين سيدغ جمعة يغ درحمتي الله،
ماريله سام2 كيت مثمبوت كداتغن بولن رمضان دغن فنوه راس كخينتاءن دان كريندوان. كيت جوض فرلو ممبوات فرسدياءن دان فرسيافن سامأد دري سضي جسماني دان روحاني سوفاي رمضان يغ دسمبوت ايت بنر2 دافت دحياتي سضالا كلبيهن دان كإيستيميواءنث. سباضاي سأورغ إسلام كيت سواجرث مربوت دان مندافتكن سضالا فلواغ كأمسن دان كإيستيميواءن يغ تردافت ددالم بولن ترسبوت يغ ترديري درفد تاورن فهالا يغ برليفت كالي ضندا سرتا انوضره ليلة القدر دان كأمفونن دري سضالا دوسا دان كسالهن.

سبدا رسول الله صلى الله عليه وسلم:

"عَنْ اِبْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا عَنِ النَّبِيِّ (ص) أَنَّهُ قَالَ: مَنْ فَرِحَ بِدُخُوْلِ رَمَضَانَ حَرَّمَ اللهُ جَسَدَهُ عَلَى النِّيْرَانِ."

مقصودث: " بارغ سياف مراس ضمبيرا دغن سبب كداتغن بولن رمضان نسخاي الله تعالى مغحرامكن جسدث درفد افي نراك".
(حديث رواية أحمد)

بضيتو جوض كداتغن بولن رمضان امت دضروني دان دتاكوتي اوليه شيطان كران فد بولن اين الله تيدق ممبنركنث مغهاسوت سرتا مغضودا مأنسي ملاكوكن كجاهتن دان معصية. فد بولن اين شيطان اكن درنتاي دان دبلغضو. دالم حال اين رسول الله صلى الله عليه وسلم منجلسكن دالم حديث باضيندا:

"عَنْ اَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهٌ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: اِذَا دَخَلَ شَهْرُ رَمَضَانَ فُتِحَتْ أَبْوَابُ الرَّحْمَةِ وَغُلِقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّم وَسُلْسِلَتِ الشَّيَاطِيْنَ."
(حديث رواية أحمد)

مقصودث: " درفد ابو هريرة رضي الله عنه بهاوا رسول الله صلى الله عليه وسلم تله برسبدا افبيلا تله تيبا بولن رمضان، مك تربوكاله سموا فينتو رحمة دان دتوتوف سموا فينتو نراك سرتا تاغن2 شيطان درنتاي".

قوم مسلمين يغ درحمتي الله،
رمضان اداله بولن يغ سوغضوه لوار بياسا كإيستيميواءنث بربنديغ دغن سبلس بولن يغ لاءين. اف تيدقث، سسوغضوهث سضالا دوسا يغ دلاكوكن اكن مندافت كأمفونن دري الله باضي همباث يغ ملاكوكن عبادة فد بولن ترسبوت دغن برسوغضوه-سوغضوه دان اخلاص سرتا دغن فنوه فغهارفن. دالم حال اين رسول الله صلى الله عليه وسلم برسبدا:

" مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَلَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ."

مقصودث: " بارغ سيافا يغ برفواسا رمضان دغن فنوه كإيمانن دان مغهارفكن ضنجارن فهالا دري الله مك دأمفونكن باضيث سضالا دوسا يغ تله لالو".
(حديث رواية بخاري دان مسلم)

حاضيرين سيدغ جمعة يغ درحمتي الله،
توغضق عبادة فد بولن رمضان اياله عبادة فواسا ياءيت مناهن ديري بوكن سهاج درفد ماكن دان مينوم بهكن داري سضالا فركارا2 معصية دان يغ ممبطلكن فواسا برمولا دري تربيت فجر هيغض تربنم ماتهاري دان دسرتاءي دغن نية. افبيلا سسأورغ ايت تله برجاي مناهن ديريث درفد فركارا2 يغ دثاتاكن، مك لايقله اي مندافت فهالا درفد الله دغن ايذين دان كموراهنث.

توان2 سيدغ جمعة يغ دمولياكن،
دالم كونتيك س عبادة فواسا، كجايأن منمفوه اوجين اداله دسرتاءي دغن صفة صبر، صفة صبر مروفاكن فركارا اساس دالم كهيدوفن كيت سهارين تراوتامث صبر دالم مغهادفي سضالا ماخم اوجين هيدوف. صفة صبر اين دافت دان ممفو منجاديكن كيت سأورغ مسلم يغ تابه دان ممفوثاءي جاتي ديري دالم مغهادفي اوجين دان رنجاو كهيدوفن.

صفة صبر فرلو وجود دالم ديري كيت اونتوق مثمفورناكن عبادة فواسا كفد الله دغن سباءيق يغ موغكين. كيت هندقله لقساناكن عبادة فواسا اين دغن فنوه كإنصافن دغن منيغضلكن سموا فركارا يغ بوليه مروسقكن فهالا فواسا كيت. ايلقكن ديري دري ملاكوكن فركارا2 يغ ملالايكن سرتا بوليه مغورغكن فهالا فواسا. جاغن جاديكن فواسا كيت سقدر مناهن ديري درفد لافر دان دهاض سهاج. فرمان الله دالم سورة الزمر اية 10:


مقصودث: " سسوغضوهث اورغ2 يغ برصبر سهاج يغ اكن دسمفورناكن فهالا مريك دغن تيدق تركيرا".

سيدغ جمعة يغ درحمتي الله،
دمكينله سبهاضين درفد كلبيهن عبادة فواسا دان كإيستيميواءن بولن رمضان المبارك. اوليه ايت هندقله كيت مربوت فلواغ يغ ساغت برهرض اين دغن برعبادة يغ دسرتاءي دغن راس كشكورن دان كضمبيراءن، إخلاص دان يقين ترهادف كورنياءن الله يغ تيدق ترنيلاي باثقث. سسوغضوهث كإيستيميواءن دان كلبيهن برفواسا دالم بولن رمضان تيدق اكن كيت نعمتي جك سكيراث تيدق دلاكوكن عبادة فواسا دغن سمفورنا دان اخلاص. دسمفيغ ايت كيت جوض دتونتوت ملاكوكن عمالن كباجيقن يغ لاءين سفرتي برصدقة، برذكر، برتداروس، برزكاة دان سباضايث. دالم ماس يغ سام هندقله دإيلقكن درفد ممبوات فرسدياءن اونتوق بربوك فواسا دان مثمبوت هاري راي سخارا برلبيهن.

سيدغ جمعة يغ دمولياكن،
برسام دغن كداتغن بولن رمضان ماريله كيت ممفرسيافكن ديري دري سضي روحاني دان جسماني دغن ملقساناكن فركارا2 برايكوت:

1. باثقكن ممباخ القرءان دان ممهمي مقصودث.
2. مغرجاكن سمبهيغ فرض دان برتراويخ سخارا برجماعه دمسجد اتاو دسوراو.
3. برصدقه دان مغاداكن جاموان بربوكا فواسا خصوصث كفد صحابة، جيران تتغضا دان فقير مسكين.
4. برإعتكاف ددالم مسجد دان برتدارس.
5. مغيلقكن ديري دري بربوال2 كوسوغ دغن مغيسي ماس دغن كرجا2 برفاءيده سفرتي مندالمي فغتاهوان مغناءي فرض عين دان فرض كفاية.
6. سنتياس منجاض توتور كات، تيدق حسد دغكي دان ضرق ضري سوفاي تيدق مثيغضوغ فراساءن مان2 فيهق.
7. تيدق ممبياركن ديري كيت برلاروتن دالم فركارا2 يغ سيا2 ترماسوقله تيغكه لاكو دان فربواتن يغ تيدق برفاءيده.
8. هاتي كيت هندقله سننتيسا ايغت كفد الله سبحانه وتعالى.

دسمفيغ كيت مغرجاكن عبادة فواسا دغن خارا يغ فاليغ سمفورنا دان مغيسي ماس سبولن رمضان دغن عمالن2 ترسبوت، كيت جوض هندقله برعزام اونتوق منروسكنث فد بولن2 يغ برايكوتث سهيغضاله كيت دفرتموكن لاضي دغن بولن رمضان تاهون يغ اكن داتغ، ان شاء الله.

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم،


( Surah al-Baqarah : 185 )


بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ فِىْ القُرْءَانِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِى وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّىْ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِى هذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِىْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ، وَالمُؤْمِنِيْن وَالمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَـا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ.
وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ اْلأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَاْلأَمْوَات، فَاسْتَغْفِرُوْهُ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.

SUNCON BOLEH



Port of Spain 19th september 2006
Sunway Construction Caribbean Limited already to start new dimension and target as a main construction in Trinidad and Tobago.With is motto 'One team,One vision' we now moving to first layer storey after completed our foundation for Minister Legal Affairs 23 storey.All the best from our team to finished this project until September 2007.Good Luck everybody,SUNCON BOLEH

Jagalah Perilakumu ketika BERPUASA

LIDAH dan mulut adalah anggota zahir terpenting yang mesti dijaga, terutama ketika berpuasa.

Dalam hal ini kerana banyak hadis yang menasihatkan agar lidah dan mulut dijaga dan dikawal dengan baik agar tidak terlanjur ketika berkata-kata.

Memelihara lidah adalah dengan menjauhi daripada mencarut, banyak ketawa, memfitnah, berkata-kata kasar, berbohong dan berpura-pura.

Nabi Muhammad saw bersabda bermaksud: "Puasa adalah perisai, maka janganlah kamu mencela dan berkata-kata kotor." (Hadis riwayat Abu Hurairah).

Sebagai langkah mengelakkan daripada pelakuan tidak berfaedah yang bermula daripada kejahatan lidah, Islam menyarankan supaya seseorang itu mengambil langkah berdiam diri dan mengunci mulutnya bagi memastikan dosa lidah itu tidak berlaku.

Umat Islam diminta mengawal lidah daripada bercakap yang sia-sia. Asal saja mahu bertutur, pastikan bahawa ia tidak akan membawa kepada mudarat, terutama jika membabitkan hubungan dengan orang lain.

Malah, ada kalanya lebih baik seseorang itu tidur bagi menjaga pancaindera daripada melakukan dosa dan maksiat, tetapi dalam kadar yang ada batasannya. Janganlah tidur secara berlebih-lebihan hingga mutu amal tidak dapat dikekalkan sebaiknya.

Dosa yang bermula daripada bahana mulut pada Ramadan boleh mengurangkan, malah mungkin sampai ke tahap membatalkan pahala puasa. Perkara ini merujuk kepada hadis yang dikeluarkan oleh at-Tirmizi bahawa Rasulullah bersabda maksudnya:

"Sesiapa yang tidak dapat meninggalkan daripada berkata-kata sia-sia dan selalu beramal dengannya, maka tiada apa yang diharapkan oleh Allah walaupun ketika itu dia meninggalkan makan dan minumnya (berpuasa )." (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Dalam kitab Bahr al-Mazi yang menghimpunkan hadis dikeluarkan oleh Imam at-Tirmizi ada disebutkan enam perkara yang boleh menjamin kesempurnaan puasa, semuanya berkait rapat dengan anggota zahir dan batin manusia iaitu:

Memejamkan mata daripada membuat maksiat;

Memelihara lidah daripada membuat maksiat;

Menjauhkan telinga daripada membuat maksiat;

Menegah tangan dan kaki daripada membuat maksiat;

Jangan terlalu banyak makan sewaktu berbuka puasa; dan

Hati yang bergantung kepada Allah antara mengharap dan perasaan takut kepada-Nya.

Orang yang berpuasa bukan sekadar dikehendaki menjaga mulutnya daripada berkata-kata kotor dan lucah serta melampau, malah dituntut mengawal mulutnya daripada membalas kejahatan mulut orang lain.

Rasulullah dalam pendidikannya mengambil berat persoalan supaya tidak membalas kejahatan dengan kejahatan kerana ia tidak akan menyelesaikan sebarang permasalahan, malah akan lebih memburukkan keadaan yang tidak akan ada kesudahannya.

Dalam hadis diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah bersabda maksudnya: "Jika ada orang berkata-kata kotor kepadanya, maka katakan kepada orang itu bahawasanya aku ini berpuasa."

Hikmah Rasulullah menyarankan demikian untuk mengelakkan perkelahian dan perbalahan antara dua pihak saudara seIslam pada bulan mulia ini demi menjaga kesucian Ramadan.

Ulama ada menyebut bahawa antara punca hilangnya pahala disebabkan kegagalan menjaga anggota pancaindera ketika berpuasa.

Sedekah hanya dapat dilakukan oleh anggota tangan. Bacaan dan tadarus al-Quran adalah gabungan hubungan antara lidah, mulut dan mata. Kaki pula akan sentiasa mendorong manusia melangkah ke rumah Allah untuk beribadat sama ada solat fardu, sunat atau Tarawih pada Ramadan.

Ini menunjukkan fungsi serampang dua mata anggota pancaindera manusia. Jika baik fungsi dan kegunaannya, maka pahala yang bakal diperoleh. Begitu juga sebaliknya, segala amalan dalam Ramadan akan terhapus angkara perbuatan pancaindera.

Semoga kecemerlangan puasa yang dimulakan dengan niat suci itu terpelihara mulai dari sahur hingga tiba waktu berbuka dan diteruskan hingga ke malamnya, seterusnya sepanjang Ramadan ini.

Thursday, September 21, 2006

Kelebihan Walimatul Urus




APABILA sepasang anak muda selamat diijabkabulkan, maka menangislah syaitan. Maka tidak lagi ia berjaya memainkan hati pasangan itu untuk menuju ke jalan mereka. Tetapi apakah mungkin tangisan itu akan berakhir di situ saja atau berlarutan hingga tamatnya majlis walimah itu? Hanya Allah saja yang mengetahui.


Semuanya bergantung kepada majlis yang kita laksanakan. Majlis perkahwinan boleh mendatangkan berkat bila suasana yang mendatangkan keberkatan itu dijaga sungguh-sungguh, iaitu dengan menjaga batas syariat - tidak bercampur-aduk antara lelaki dan perempuan ajnabi. Contohnya, majlis akad nikah seharusnya dibuat di masjid, kerana ia boleh terhindar daripada bercampur lelaki dan perempuan. Kepada pasangan pengantin, setelah selesai majlis pernikahan, mereka disunatkan sujud syukur dengan sembahyang sunat nikah dua rakaat.


Maka daripada sinilah mulanya bibit perkenalan cinta pandang pertama antara kedua pasangan pengantin yang dirahmati Allah s.w.t itu. Sekiranya rumah kita kecil dan tidak muat menempatkan tetamu wanita untuk makan di dalam rumah, bolehlah dipasangkan khemah berasingan untuk lelaki dan perempuan. Dan pelayannya mestilah daripada kaum sejenis. Apa yang penting, kita berusaha mengelakkan percampuran antara lelaki dan perempuan, terutama ketika majlis jamuan.


Kadangkala kita tengok tetamu yang hadir tidak begitu ghairah melihat pengantin lelaki, tetapi seronok dengan gadis genit yang melayani tetamu. Lalu berlakulah usik-mengusik antara satu sama lain. Kenduri kahwin yang dirahmati Allah tidak semestinya dibuat secara besar-besaran seperti di hotel atau di dewan masyarakat dan menjemput tetamu kehormat saja serta diserikan dengan pelbagai acara istimewa, seperti muzik dan tarian. Memadailah dengan apa yang termampu. Jemputlah jiran yang terdekat. Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud: “Buatlah jamuan walaupun dengan seekor kambing.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).


Adakan kenduri kahwin dengan tidak menimbulkan fitnah manusia. Rasulullah s.a.w. suka majlis yang mulia ini dihebahkan kepada masyarakat. Mengadakan kenduri kahwin adalah sunnah Rasulullah, hukumnya sunat dan mendapat pahala. Selain itu, majlis yang kita laksanakan itu bukanlah untuk bersuka-suka saja, tetapi besar ertinya pada fakir miskin. Rasulullah s.a.w. mengingatkan umatnya bahawa jamuan yang paling dicela Allah s.w.t ialah apabila jemputannya terdiri daripada orang-orang kaya saja, sebagaimana sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: “Sebusuk-busuk makanan ialah yang dijamukan untuk jemputan orang kaya saja dan dibiarkan orang miskin, yakni tidak dijemput bersama.”(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Sebaik-baiknya jemputlah kedua-duanya sekali (miskin dan kaya) supaya menambahkan silaturahim antara kedua-dua golongan itu. Inilah salah satu hikmah mengapa seseorang itu diwajibkan menghadiri majlis walimatul-urus. Hal ini telah diperingatkan oleh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sesiapa yang tidak hadir ke jemputan (kahwin), maka sesungguhnya derhakalah ia kepada Allah dan RasulNya.” Bagaimanapun, sekiranya majlis kahwin itu banyak berunsur kemungkaran daripada kebaikannya (seperti bersanding, pergaulan bebas, tari-menari atau kugiran rancak dan sebagainya), memadailah kita jenguk muka sekejap saja.


Berilah alasan yang baik sebab kita tidak datang dan meraikan bersama majlis itu. Sebagai saudara sesama Islam yang cintakan kebenaran, berdoalah semoga mereka dikurniakan petunjuk sebagaimana doa Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Wahai Tuhan! Berilah petunjuk kepada kaumku, kerana mereka tidak mengetahui.” Mengadakan upacara bersanding satu dosa yang paling berat. Tidak ada keterangan di dalam semua mazhab yang membolehkan bersanding. Hanya agama Hindu yang memestikan penganutnya bersanding. Kalau tidak bersanding, penganutnya dihukumkan sebagai murtad. Seluruh ahli keluarga memulaukan mereka dan dianggap sebagai derhaka.


Menurut adat Hindu, untuk mendapatkan restu dewa-dewa, maka setiap majlis persandingan mestilah diletakkan dua gunung emas dan pokok emas di kiri dan di kanan pelamin. Bagi orang Melayu pula, mereka meletakkan pulut kuning, pulut manis dan bunga telur sebagai ganti gunung emas atau pokok emas yang diamalkan oleh orang Hindu. Oleh itu eloklah dihapuskan upacara yang karut dan sesat itu. Berbincanglah sebaik-baiknya dengan ibu bapa supaya majlis yang kita laksanakan itu benar-benar menepati kehendak syariat Islam yang maha suci. Biasanya orang kita mengadakan iringan muzik atau dijemput khas pemuzik yang kononnya untuk meraikan pasangan pengantin baru. Maka tidak wajarlah majlis yang mulia itu kita cemari dengan sesuatu yang melalaikan. Majlis yang sepatutnya syaitan menjerit dan menangis, akan bertukar kepada syaitan ketawa dan gembira. Kita boleh memeriahkan majlis dengan lagu memuji kebesaran Allah s.w.t. dan memuliakan Rasulullah s.a.w. Contohnya mengadakan khatam al-Quran, berzanji, marhaban, qasidah, bertahlil atau nasyid dengan syarat hendaklah diasingkan antara lelaki dan wanita yang ajnabi.

Kesempurnaan Diri Muslim

HADIS MUTHAHHARAH

Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu 'anhu telah berkata : Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah S. A. W yang mana dia telah menyatakan tujuannya : Wahai Rasulullah! sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat. Maka baginda S. A. W telah berkata kepadanya Tanyalah apa yang engkau kehendaki :

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang alim

Baginda S. A. W menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang paling kaya

Baginda S. A. W menjawab : Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang adil

Baginda S. A. W menjawab: Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang paling baik

Baginda S. A. W menjawab: Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah

Baginda S. A. W menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah

Dia berkata : Aku mahu disempurnakan imanku

Baginda S. A. W menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin
(baik )

Baginda S. A. W menjawab : Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk golongan muhsinin

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat

Baginda S. A. W menjawab : Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat

Dia berkata : Aku mahu berjumpa Allah dalan keadaan bersih daripada dosa

Baginda S. A. W menjawab : Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa

Dia berkata : Aku mahu dihimpun pada hari qiamat di bawah cahaya

Baginda S. A. W menjawab : Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya

Dia berkata : Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat

Baginda S. A. W menjawab : Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihanimu pada hari qiamat

Dia berkata : Aku mahu dihapuskan segala dosaku

Baginda S. A. W menjawab : Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan (kurangkan ) segala dosamu

Dia berkata : Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia

Baginda S. A. W menjawab : Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia

Baginda S. A. W menjawab : Sentiasa menyerah diri
(tawakkal) kepada Allah nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia

Dia berkata : Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah

Baginda S. A. W menjawab : Sentiasa berada dalam keadaan bersih ( dari hadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki kepadamu

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah dan rasulNya

Baginda S. A. W menjawab : Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh Mereka

Dia berkata : Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat

Baginda S. A. W menjawab : Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya

Dia berkata : Aku mahu diterima segala permohonanku

Baginda S. A. W menjawab : Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya

Dia berkata : Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat

Baginda S. A. W menjawab : Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamat

Dia berkata : Siapa yang terselamat daripada dosa?

Baginda S. A. W menjawab : Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan

Dia berkata : Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?

Baginda S. A. W menjawab : Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala )

Dia berkata : Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?

Baginda S. A. W menjawab : Buruk akhlak dan sedikit ketaatan

Dia berkata : Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat ?

Baginda S. A. W menjawab : Sedekah dalam keadaan sembunyi ( tidak diketahui ) dan menghubungkan kasih sayang

Dia berkata: Apakan yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?

Baginda S. A. W menjawab : sabar di dunia dengan bala dan musibah

Telah berkata Imam Mustaghfirin: aku tidak pernah menjumpai hadis yang besar dan merangkumi kesempurnaan agama dan bermanafaat selain hadis ini....

Keajaiban Allah swt

Seorang doktor neurologi menemui keajaiban Allah

Kisah Benar Untuk Dijadikan Ikhtibar
Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor neurologi.
Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an". Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya.
Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.
Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang. Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah.
Jadi barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang, akan otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.
Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.


Kesimpulannya:
Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak bersembahyang, apatah lagi yang tidak beragama Islam, walau pun akal mereka berfungsi dengan secara normal tetapi sebenarnya dalam sesuatu keadaan mereka akan kehilangan pertimbangan dalam membuat keputusan yang normal. Justeru itu, tidak hairanlah jika manusia ini kadang kala tidak segan silu untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan fitrah kejadiannya, walau pun akal mereka mengetahui bahawa perkara yang akan dilakukan itu adalah bersalahan dengan kehendak mereka. Inilah adalah kesan daripada ketidakupayaan otak mereka untuk mempertimbangkan akan perbuatan mereka itu secara lebih normal. Maka dengan itu tidak hairanlah timbulnya bermacam-macam gejala-gejala sosial masyarakat masakini.
Dari itu, marilah kita bersama-sama mengambil ikhtibar daripada kisah di atas. Ambillah Islam secara menyeluruh dan bukannya secara berdikit-dikit.
Dipetik daripada Arab News, 1987

Megasutra - Portal Santapan Minda.

Kindly don't judge me with my blog...All the articles is my self expression as a human...The contents in this blog hopefully will not make all of you vex with me...

(c) 2007 tmnasir


(c) 2006 Mohamad Nasir B Tonny