Saturday, January 26, 2008

Hidup di KL

Jan 2008
Hari-hari kian berlalu, aku tetap di sini....di bumi Allah swt Trinidad & Tobago....Perjalanan selama 2 hari untuk sampai ke sini selama hampir 2 tahun aku berkelana meneruskan perjuangan hidup demi mencari sesuap nasi keluargaku....Jauh, memang jauh.....Hampir setiap waktu aku akan mengira akan kedatangan tarikh 05hb mac 2008....erm, ''dengus hatiku....Lama lagi ada 5 minggu kalau tolak minggu nie.....Tolak minggu depan ada 4 minggu.....Alahai seksanya menanggung rindu....


Setiap waktu dan ketika aktiviti harianku tidak ubah dari mengikut jadual asal yang sentiasa mengikut landasannya....Kerja Isnin sampai Sabtu, Ahad duduk umah...Petangnya main bola...Begitulah rutin harianku, kadangkala bosan, menyampah pun ada....Bila bercerita ngan kawan selalunya tak lari dari suasana cerita kerja dan juga balik malaysia...

Dialog 1
TM Nasir ; Ja, Kau boleh tahan duk sini sampai 7 bulan?
FAILZA ; Erm,nak buat macamana kontrak aku macam tue?
TM Nasir ; Aku yang 4 bulan sekali balik nie pun dah jadi lain macam.....

FAILZA ; :) tersenyum....

Dialog 2
YONG ; Bereh ( Bila jumpa jer ngan org tua nie selalunya dia akan cakap benda nie )
TM Nasir ; Tak beres lagi....Baru pukul berapa?Pagi lagi....
YONG ; Bila balik ?
TM Nasir ; Erm....bulan 3 nie.....
YONG ; Tak lama lagi....



Macam tulah selalunya kitaorg bila jumpa....kadang2 selalu juga nyakat memasing....

Dialog
Muthu ; Kau mana boleh balik nasir...

TM Nasir ; Kenapa pulak?
Muthu ; Tong cakap kau kena jaga survey satu lagi projek ( Tong tue Manager kitaorang )
TM Nasir ; Tak mahulah aku....Cukuplah,asal ada duit sket untuk duk kat KL nanti...Aku ada isteri...Kau lainlah bujang lagi....


Muthu ; Betul tue....( sambil tersenyum )


Lastly, kitaorg gelak sama2...Hampir setiap hari ada jer usikan yang berlaku....Maklumlah masing2 jauh ngan family....Nak tengok TV hari2,boring juga siarannya asyik yang sama jer di ulang....Kalau ada BOLA memang kitaorang tercegat depan TV....Itulah jer yang menariknya....


Persediaan Untuk Kehidupan di KL


Pertama
Lagi 5 minggu aku akan menjejakkan kaki di bumi yang aku cintai....Dekat dengan family terutamanya isteri aku....Itu yang aku rindui selama 2 tahun nie....Kebanyakkan persediaan dah di buat oleh isteriku yang paling utama pasal rumah... Alhamdulillah atas ihsan mak mertua ngan bapa mertua aku dapatlah aku ngan isteri aku duduk kat rumah mak mertua aku yang selama ini di beri sewa pada orang lain...Alhamdulillah, senang sketlah aku tak payah nak cari rumah lain lagi....Bila dapat rumah...First thing need to do?? Cat...Kerja-kerja mengecat dah pun diuruskan oleh isteriku dan mak mertuaku menggunakkan khidmat orang indon....Aku yang dok jauh nie kadang2 sedih gak....Tak dapat nak tolong, nak bagi idea bolehlah....Tapi macamana nak bagi idea kalau bentuk rumah ngan design pun aku tak boleh nak gambarkkan.....Alahai,pening gak dibuatnya....

Second Item ( Perkara Kedua )

Transport ????....Transport utama aku sejak dulu ialah motor...Memandangkan dah 2 tahun aku bekerja kat sini so motor lama aku dah pun diserahkan pada adik aku....dan menjadi kebiasaannya lah bila dah bagi takkan nak minta balik lagi kan....than conclusionnya aku terpaksalah mencari motor lain....Apa yang menjadikan aku pening kepala ialah mencari motor mana yang sesuai untuk di bawa ke tempat kerja memandangkan ianya akan menjadi kenderaan harian....

Berlegar kat kepala aku motor2 kat bawah nie....
YAMAHA 135LC

NAZA / CPI GTR 150

Kalau boleh aku taknaklah menyesal kemudian hari nanti....Budget nak keluarkan duit untuk beli mende nie agak besar jugak....memandangkan kos hidup dah semakin meningkat akhir2 ini....Langkah yang paling bijak ialah adanya simpanan untuk masa depan....Apapun itu sumer akan terjadi bila aku sampai di malaysia nanti...

Petikan dari ( c ) tm nasir 2008

Notes ; Kekadang bila kita di beri pilihan antara dua....Hati kita senantiasa akan bertanya manakah yang paling baik, paling bijak yang patut di ambil....Selalunya bila bertanya ngan orang sekurang2 nya hati kita macam terlepas dari bebanan hal tadi...Entahlah, maybe betul....bagi aku lagi baik tanya.....haahaa, apapun perjuangan aku di TNT kian selesai....Alhamdulillah




Friday, January 25, 2008

Wajarkah bantuan bomoh dalam pencarian Sharlinie?

Tholib 'Ilmi
Wed | Jan 23, 08 | 3:24:58 am MYT

Saudara Pengarang,

Sehingga kini, adik Sharlinie Mohd Nashar yang dipercayai diculik lebih dua minggu lalu masih belum ditemui. Pelbagai usaha dilakukan untuk mengesan dan mencarinya telah dilaksanakan pihak berkuasa, badan-badan dan pertubuhan sukarela dan individu-individu tidak kira bangsa dan agama.

Menurut laporan terbaru, keluarga Sharlinie mendapatkan pertolongan bomoh bagi mengesan jejak adik Sharlinie. Sebagai seorang saudara yang seagama dengan keluarga Sharlinie, saya terpanggil untuk memberi sedikit pandangan tentang tindakan menggunakan khidmat bomoh sebagai ikhtiar agar mangsa segera kembali ke pangkuan mereka dalam keadaan selamat.

Sebagai Muslim, kita dilarang percaya kepada dukun mahupun tukang ramal. Kata Imam Ath-Thahawi dalam karyanya yang termasyhur, Aqidah ath-Thahawiyah: "Kita tidak mempercayai (ucapan) dukun mahupun tukang ramal, demikian setiap orang yang mengakui sesuatu yang menyelisih daripada al-Kitab dan as-Sunnah serta ijma' kaum Muslimin."

Takrif dukun

Dukun, pada hakikatnya ialah seorang yang didatangi syaitan yang mencuri pendengaran di langit lalu memberitahu maklumat yang dicuri itu kepada si dukun. Allah menyifatkan dukun-dukun ini sebagai pendusta lagi berdosa. FirmanNya di dalam surah as-Syu'araa' ayat 221 - 223:

"Apakah akan Aku beritakan kepadamu, kepada siapa syaitan-syaitan itu turun? Mereka turun kepada tiap-tiap pendusta lagi yang banyak dosa, mereka menghadapkan pendengaran (kepada syaitan) itu dan kebanyakan mereka adalah orang-orang pendusta."

Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan Imam Muslim dan Imam Ahmad, Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Sesiapa yang mendatangi seorang tukang ramal lalu bertanya kepadanya sesuatu maka solatnya tidak akan diterima selama 40 malam."

Dalam hadith lain yang diriwayatkan Imam Ahmad, al-Baihaqi dan al-Hakim, Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Sesiapa yang mendatangi seorang tukang ramal atau dukun kemudian membenarkan apa yang ia katakan, maka orang itu telah ingkar dengan apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad sallallahualaihi wasallam."

Hadith-hadith ini menjelaskan bahawa perbuatan meminta pertolongan dukun atau tukang ramal adalah berdosa dan dilarang di dalam agama Islam.

Agama Islam mengajar kita agar memanjatkan doa dan memohon kepada Allah atas apa jua hajat dan keperluan. Allah s.w.t berfirman dalam al-Mukmin ayat 60: "Dan Rabbmu berfirman: 'Dan berdoalah kepada-Ku nescaya akan kuperkenankan bagimu..."

Dalam suatu Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Rabb kalian yang Maha Suci lagi Maha Tinggi itu Maha Malu dan Maha Mulia. Dia malu jika hambaNya mengangkat kedua tangannya lalu dikembalikan doanya itu dalam keadaan kosong (tidak dikabulkan)."

Oleh itu, marilah kita perbanyakkan doa kepadaNya agar Dia memelihara adik Sharlinie yang dikasihi dan mengembalikannya ke sisi keluarga beliau dalam keadaan yang selamat. Amin.

Petikan dari Harakah Daily.com

Saturday, January 05, 2008

Hormatilah Azan walaupun ianya hanya seruan



Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:

"HENDAKLAH KAMU MENDIAMKAN DIRI KETIKA AZAN"

Jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah swt dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami.

Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."


Petikan dari koleksi peribadi simpanan (c)tm nasir 2007

Notes ;
Albert Einstein pernah mengatakan Agama tanpa Ilmu Pengetahuan ianya akan ' PINCANG' tetapi Imu Pengetahuan tanpa Agama ianya akan 'BUTA'.......

BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Megasutra - Portal Santapan Minda.

Kindly don't judge me with my blog...All the articles is my self expression as a human...The contents in this blog hopefully will not make all of you vex with me...

(c) 2007 tmnasir


(c) 2006 Mohamad Nasir B Tonny