Wednesday, August 16, 2006

Hati2 membaca Al-Fatihah

Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama syaitan

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAS

6) IYA (disebut tanpa sabdu) sepatutnya IYYA. Iya bermaksud 'matahari'
Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!!!

7) SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.

8) AMIN ................hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA...dua harakat, MIN.... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Perhatian ;

Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat rahmatNya

Insya-Allah.
Wassalam.

Awasilah pintu2 ini....ada pada kita

15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita

- pintu marah
- cinta dunia
- kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
- panjang angan-angan
- rakus
- bakhil
- suka pada pujian
- riak
- ujub (merasa kagum)
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- merasa suka pada dosa
- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- putus asa daripada rahmat "ALLAH"

15 Senjata Menghalang Syaitan

- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada
perbuatan baik)
- Banyakkan bezikir
- Banyakan Beristigfar
- Baca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surah Yassin setiap pagi

Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan

- Rumah yang bersih
- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
- Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
- Penghuninya jujur dan memenuhi janji
- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal)
- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa

Amalkan 7 kalimah...Insya'allah ada hikmahnya

Tujuh Kalimah

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak lakukan sesuatu

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut

4. Mengucap Insya'Allah jika merencana berbuat sesuatu di hari esok

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tidak diingini

6. Mengucap Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidah

Mahalnya Syurga Allah swt

Abu Hurairah r.a berkata: Aku telah mendengar Rasulullah saw. bersabda:

'Sesungguhnya orang pertama yang dihakimi pada hari kiamat ialah orang yang mati
syahid.Di datangkan kepada beliau segala amalannya seterusnya dia akan disoal':

Apakah yang telah kamu lakukan?
Jawabnya: Aku telah berperang keranamu Ya Allah sehingga aku mati syahid.

Di katakan kepadanya lagi: Kamu telah berbohong!. Malah kamu berperang supaya
orang berkata kamu berani!, dan mereka telah pun mengatakan (di dunia),kemudian
diseret mukanya dan dicampakkan ke lubang neraka.


Kemudian didatangkan pula seorang penuntut dan penyampai ilmu (pendakwah) yang
juga merupakan pembaca al-Quran.

Kemudian dihadapkan kepadanya segala amalan yang telah dilakukan di dunia, dan
dia mengakuinya.

Justeru itu dia ditanya: Apakah yang telah kamu lakukan?

Jawabnya: Aku telah belajar dan mengajar ilmu, aku juga membaca al-Quran,
semuanya keranamu Ya Allah.

Kemudian Allah menjawab: Bohong!, bahkan kamu belajar supaya orang kata
kamu ‘alim, dan kamu baca al-Quran supaya orang kata kamu seorang qari. Mereka
semua telahpun berkata demikian di dunia.

Setelah itu dia diseret dan dicampakkan ke dalam neraka.

Akhirnya dibawakan pula seorang yang dikurniakan harta benda serta kemewahan
hidup di dunia, dan dia juga mengakui segala nikmat yang dikecapinya.

Kemudian dia disoal: Apakah yang kamu lakukan dengan harta benda tersebut

Jawabnya: Aku tidak akan tinggalkan satu peluang bantuan yang engkau sukai Ya
Allah sehingga aku akan keluarkan wang bantuan keranamu Wahai Tuhan.

Allah menjawab: Bohong!, tetapi kamu keluarkan bantuan tersebut supaya orang
katakan kamu seorang yang pemurah. Mereka semua telahpun berkata demikian di
dunia.

Akhirnya dia juga diseret dan dihumbankan ke dalam api neraka.

Apabila Saidina Muawiyah r.a. mendengar hadis ini, beliau menangis sehingga
tidak sedarkan diri, apabila sedar beliau berkata:

Benarlah firman Allah swt dan sabda Rasul-Nya. Allah swt juga telah berfirman
dalam surah Hud ayat 15-16. Mafhumnya:

'Barang siapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya',

nescaya kami akan berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia
dengan sempurna,

tanpa apa-apa kerugian. Itulah orang-orang yang tidak beroleh sesuatu di hari
akhirat melainkan api neraka yang marak menyala.

(Hadith diriwayatkan oleh Imam Muslim, at-Tirmizi dan an-Nasaai)

Megasutra - Portal Santapan Minda.

Kindly don't judge me with my blog...All the articles is my self expression as a human...The contents in this blog hopefully will not make all of you vex with me...

(c) 2007 tmnasir


(c) 2006 Mohamad Nasir B Tonny