Friday, December 14, 2007

Bulan Lepas

Quarry Valencia,Arima


Macam aku nak g sepanyol plak,Valencia

Masa dan Perjalanan
Kesibukan aku....Rutin harian aku selama seminggu yang lepas bermula dari 26hb 11 2007 hingga 30 hb 11 2007 telah bertukar apabila aku di minta untuk menjalankan satu kerja ukur di kawasan bukit yang bertempat di Arima,Trinidad And Tobago....Jauhnya adalah lebih kurang dalam 55Km yang memakan masa lebih kurang sejam 10 minit untuk sampai ke sana...Perjalanan yang dilakukan sebelah pagi membuatkan aku agak menyampah kerana terpaksa melalui jalan yang penuh dengan kepadatan kereta....Sumer orang dok sibuk nak pergi kerja time tue.......Kalau ikutkan aku nak juga pergi seawal 6 pagi tetapi memandangkan aku tidak mempunyai kereta terpaksalah melayan suasana 'jammed' atau lebih glamour panggilannya 'Traffic' oleh penduduk tempatan....Sudah nasib badan,'kataku dan di akhiri dengan senyuman....


Kereta yang ku gasak sampai ke Quarry nie

Kereta
Ini pun satu masalah....Sampai jer office kat Site tue,selepas 'punch card' aku bergegas mencari tuan punya kereta company untuk meminjam kereta....Selalunya dan kebiasaanya 'Teo' lah yang menjadi mangsa aku dalam hal-hal kereta nie....Kalau ikutkan susah juga nak pinjam kat orang lain kerana selalunya diaorang nie 'songeh' tue banyak sangat....Ada yang cakap nak pergi situ,nak pergi sini atas urusan lain yang aku pun tak tahu dan aku tak mahu nak ambik tahu....Buat pening kepala jer,bagi aku senang ngan 'simple'....Tak bagi ada orang lain lagi yang boleh nak bagi pinjam...hehe



'Chainman' aku 'Terrence Rojan'

Peralatan Ukur dan Chainman
Selalunya 'chainman'(pembantu) aku yang paling tua nie lah....'Set up' sumer barang2 yang aku nak pakai....Seawal 7.20 pagi dia akan 'call' aku untuk bagi tahu yang dia dah sampai kat 'site'....Dan sementelaah itu juga aku bagi tahu kat dia barang2 yang perlu di bawa....Kebiasaanya dia akan prepare dah dan bila aku sampai site...Sumernyer dah 'get ready' dan tugas aku cari kereta....Alhamdulillah 2,3 kali dia pun dah faham apa yang aku nak pakai nanti....

Pemandangan dari Jalan Masuk


Nielah bukit yang akan ku hadap.....Ya Allah

Site
Memandangkan sebelum nie aku ngan dia dah pernah pergi 'so' aku dah tahu macamana nak buat kerja ukur kat sini....Tapi bila time nie aku pergi,Manager Quarry tue nak aku ukur jalan tanah dia sampai ke atas bukit tue....Ya Allah,banyak dan luas juga tanah yang aku perlu ukur....Dah keluasannya yang hampir mencecah 300 ekar....Namun apa yang mampu aku jawab...'I will try my best',walaupun aku tahu yang aku tak mampu nak siapkan tapi di sebabkan tugas aku harungi juga.....Orang tua2 selalu kata,'Pelan-pelan kayuh'.....



Tempoh Kerja Dan Chainman
Dalam hati aku....Tension jugak bila orang bagi kita 'limit time' untuk siapkan kerja nie....Tempoh yang di beri 4 hari....Tapi aku target 5 hari memandangkan aku hanya di bekalkan seorang 'chainman'.....So aku hanya mampu untuk lakukan kerja ini mengikut kemampuan aku dengan 'chainman' aku nie....Kalaulah ada seorang lagi...Insya'allah,aku mampu siapkannya tidak lebih dari 3 hari....Maklumlah,sebelum nie pun aku telah melalui pengalaman aku yang lampau sewaktu kerja di merapoh,Pahang dulu.....Kerja Ukur Sungai....Nak di kenang balik teruk juga aku time tue tapi 'chainman' aku waktu ada 3 orang termasuklah seorang lagi 'Surveyor'.....


Detail Plan
Kepuasan.....Itulah yang mampu aku katakan,bila mana sumer kerja aku lakukan berjaya....Berjaya dengan maksud kita dapat memuaskan hati orang terhadap mutu kerja kita dan akhirnya kita dapat gambarkan kepuasan itu melalui Pelan hasil kerja kita....Alhamdulillah,dan selalunya aku akan bagi tahulah kat 'chainman' aku yang mana ada kesilapannya...Dan dari situlah kita dapat melihat mutu kerja seseorang 'Surveyor'....Bagi aku banyak lagi yang perlu aku belajar....

Artikel dari (C)tmnasir 2007

Notes;
Selalunya kita di duga dengan bermacam2 dugaan yang diberikan oleh Allah swt terhadap hambanya namun bagi aku setiap dugaan itu selalunya dugaan yang mampu di hadapi oleh hambanya kerana hanya dialah yang mengetahui kelemahan dan kekuatan kita di samping dialah pencipta kejadian bumi ini,mengetahui Isi kandung di dalamnya....mengetahui gugurnya daun2 yang ada pada pohon2 pokok di hutan....Sumer itu hanya dia yang mengetahui....Di akhir tugasan,aku bersyukur dan mengucapkan Alhamdulillah....Kerana siapnya kerja nie pun atas restu dan keizinanya...Alhamdulillah,Allah yang Maha Pemurah....

Air Mata Nabi Adam


Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya
iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya
ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.

Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi
sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu
Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung
telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu
sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan
Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu
yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air
minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."


Apa Yang Akan Ditanya:
Dalam sehari ada 24 jam. ? Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali. Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar dan masuk. Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk?

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat
Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan : * Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang. * Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan. * Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.
Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia,
mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air
sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia
sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."


Kala Jengking Neraka
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama
"Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur
hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang
kau cari?
"Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari limaorang. Pertama, orang yang
meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap
tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak."

Petikan Artikel di ambil dari I Luv Islam.com

Notes;

Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah ………………………………..

Thursday, December 06, 2007

Periuk Aku???

Dugaan aku pada hari nie membuatkan aku terasa hari2 yang aku lalui di sini kian mencabar.Dugaan2 yang mendatang mengingatkan aku tentang periuk aku...apa yang cuba aku maksudkan di sini ialah Alat2 dalam pekerjaan aku....Aku masih ingat lagi,langkah permulaan aku dalam bidang kerjaya ini....'Tolong jaga alat2 itu seperti periuk nasi kamu' seloroh Mr. Ben....Pengurus tempat aku kerja dulu....Dalam hati aku saat itu ada juga kebenaran pada ayat itu....Yerlah,bagi aku kalau bukan kerana asbab alat2 ini takkan menjadi kerja aku...Walaupun sehebat mana aku ini tapi sekali kalau di buatnya hal,macam2 boleh lari....setting out lah,level lah....sumer itu bergantung kepada alat2 ini juga ke'expert'an chainman...Sesaper yang kerja survey tue maybe fahamlah apa yang cuba aku celotehkan nie....

Kalkulator FX-603P
Apa yang terjadi pada aku hari ini berkenaan dengan Kalkulator aku,walau pun ianya mungkin telah berumur tetapi sumbangan dia pada aku sekeluarga memang aku tak dapat nafikan.....Tetapi pada hari ini,kehabisan bateri membuatkan aku tergamam seketika...Di saat aku tengah sibuk buat setting out....Habis plak bateri nie,"keluh aku....Erm,dalam hati aku berharap juga agar2 kedai kat Port of Spain nie masih buka....Hari sabtu kat sini bukan macam kat KL ( Peak Hour,sumer kedai berlumba2 nak buka ) tapi kat sini sebaliknya....Masing2 nak balik awal utk rest...

Total Station Sokkia 510

Alhamdulillah,aku masih ada idea lain utk siapkan kerja ini atas bantuan alat aku....nasib baik,idea datang pada saat aku memerlukannya....Almaklumlah alat aku agak canggih juga buat masa ini,function utk setting out line ada...cuma aku jarang nak pakai.....Aku lagi prefer utk guna kalkulator,kerana ianya memudahkan lebih mudah dan ringkas....Than baru hari nielah,aku try and error function yang terdapat pada alat aku....Alhamdulillah,berjalan lancar....

Chainman
Than,hari nie plak salah sorang chainman aku tak datang...Erm,kena survive lagi lah hari nie....Kalau ada dua orang chainman senang sket kerja aku....bolehlah relax sket...Memandangkan kerja nie tengah urgent giler2,aku terpaksa push dia nie....Kesian gak aku tgk,tapi nak buat macamana....nak kesian kerja tak siap bang...

Megasutra - Portal Santapan Minda.

Kindly don't judge me with my blog...All the articles is my self expression as a human...The contents in this blog hopefully will not make all of you vex with me...

(c) 2007 tmnasir


(c) 2006 Mohamad Nasir B Tonny