Friday, December 14, 2007

Bulan Lepas

Quarry Valencia,Arima


Macam aku nak g sepanyol plak,Valencia

Masa dan Perjalanan
Kesibukan aku....Rutin harian aku selama seminggu yang lepas bermula dari 26hb 11 2007 hingga 30 hb 11 2007 telah bertukar apabila aku di minta untuk menjalankan satu kerja ukur di kawasan bukit yang bertempat di Arima,Trinidad And Tobago....Jauhnya adalah lebih kurang dalam 55Km yang memakan masa lebih kurang sejam 10 minit untuk sampai ke sana...Perjalanan yang dilakukan sebelah pagi membuatkan aku agak menyampah kerana terpaksa melalui jalan yang penuh dengan kepadatan kereta....Sumer orang dok sibuk nak pergi kerja time tue.......Kalau ikutkan aku nak juga pergi seawal 6 pagi tetapi memandangkan aku tidak mempunyai kereta terpaksalah melayan suasana 'jammed' atau lebih glamour panggilannya 'Traffic' oleh penduduk tempatan....Sudah nasib badan,'kataku dan di akhiri dengan senyuman....


Kereta yang ku gasak sampai ke Quarry nie

Kereta
Ini pun satu masalah....Sampai jer office kat Site tue,selepas 'punch card' aku bergegas mencari tuan punya kereta company untuk meminjam kereta....Selalunya dan kebiasaanya 'Teo' lah yang menjadi mangsa aku dalam hal-hal kereta nie....Kalau ikutkan susah juga nak pinjam kat orang lain kerana selalunya diaorang nie 'songeh' tue banyak sangat....Ada yang cakap nak pergi situ,nak pergi sini atas urusan lain yang aku pun tak tahu dan aku tak mahu nak ambik tahu....Buat pening kepala jer,bagi aku senang ngan 'simple'....Tak bagi ada orang lain lagi yang boleh nak bagi pinjam...hehe



'Chainman' aku 'Terrence Rojan'

Peralatan Ukur dan Chainman
Selalunya 'chainman'(pembantu) aku yang paling tua nie lah....'Set up' sumer barang2 yang aku nak pakai....Seawal 7.20 pagi dia akan 'call' aku untuk bagi tahu yang dia dah sampai kat 'site'....Dan sementelaah itu juga aku bagi tahu kat dia barang2 yang perlu di bawa....Kebiasaanya dia akan prepare dah dan bila aku sampai site...Sumernyer dah 'get ready' dan tugas aku cari kereta....Alhamdulillah 2,3 kali dia pun dah faham apa yang aku nak pakai nanti....

Pemandangan dari Jalan Masuk


Nielah bukit yang akan ku hadap.....Ya Allah

Site
Memandangkan sebelum nie aku ngan dia dah pernah pergi 'so' aku dah tahu macamana nak buat kerja ukur kat sini....Tapi bila time nie aku pergi,Manager Quarry tue nak aku ukur jalan tanah dia sampai ke atas bukit tue....Ya Allah,banyak dan luas juga tanah yang aku perlu ukur....Dah keluasannya yang hampir mencecah 300 ekar....Namun apa yang mampu aku jawab...'I will try my best',walaupun aku tahu yang aku tak mampu nak siapkan tapi di sebabkan tugas aku harungi juga.....Orang tua2 selalu kata,'Pelan-pelan kayuh'.....



Tempoh Kerja Dan Chainman
Dalam hati aku....Tension jugak bila orang bagi kita 'limit time' untuk siapkan kerja nie....Tempoh yang di beri 4 hari....Tapi aku target 5 hari memandangkan aku hanya di bekalkan seorang 'chainman'.....So aku hanya mampu untuk lakukan kerja ini mengikut kemampuan aku dengan 'chainman' aku nie....Kalaulah ada seorang lagi...Insya'allah,aku mampu siapkannya tidak lebih dari 3 hari....Maklumlah,sebelum nie pun aku telah melalui pengalaman aku yang lampau sewaktu kerja di merapoh,Pahang dulu.....Kerja Ukur Sungai....Nak di kenang balik teruk juga aku time tue tapi 'chainman' aku waktu ada 3 orang termasuklah seorang lagi 'Surveyor'.....


Detail Plan
Kepuasan.....Itulah yang mampu aku katakan,bila mana sumer kerja aku lakukan berjaya....Berjaya dengan maksud kita dapat memuaskan hati orang terhadap mutu kerja kita dan akhirnya kita dapat gambarkan kepuasan itu melalui Pelan hasil kerja kita....Alhamdulillah,dan selalunya aku akan bagi tahulah kat 'chainman' aku yang mana ada kesilapannya...Dan dari situlah kita dapat melihat mutu kerja seseorang 'Surveyor'....Bagi aku banyak lagi yang perlu aku belajar....

Artikel dari (C)tmnasir 2007

Notes;
Selalunya kita di duga dengan bermacam2 dugaan yang diberikan oleh Allah swt terhadap hambanya namun bagi aku setiap dugaan itu selalunya dugaan yang mampu di hadapi oleh hambanya kerana hanya dialah yang mengetahui kelemahan dan kekuatan kita di samping dialah pencipta kejadian bumi ini,mengetahui Isi kandung di dalamnya....mengetahui gugurnya daun2 yang ada pada pohon2 pokok di hutan....Sumer itu hanya dia yang mengetahui....Di akhir tugasan,aku bersyukur dan mengucapkan Alhamdulillah....Kerana siapnya kerja nie pun atas restu dan keizinanya...Alhamdulillah,Allah yang Maha Pemurah....

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home

Megasutra - Portal Santapan Minda.

Kindly don't judge me with my blog...All the articles is my self expression as a human...The contents in this blog hopefully will not make all of you vex with me...

(c) 2007 tmnasir


(c) 2006 Mohamad Nasir B Tonny