Monday, July 03, 2006

Sejenak Dalam Agamaku.....

1)Air Mata Taubat Nabi Adam.
Semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, baginda menangis 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah SWT. Baginda sujud di atas gunung selama 100 tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip.

Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pokok kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa burung telah meminum air mata baginda dan berkata “Sedap sungguh air ini”. Lalu nabi adam terdengar kata2 burung tersebut. Baginda menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis.

Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud “Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minuman yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu”

2)3 Cahaya di hari kiamat
Di hari kiamat ada 3 cahaya yang berlainan.
Cahaya pertama seperti bintang2, yang kedua seperti cahaya bulan dan yang ketiga seperti cahaya matahari. Apabila ditanya cahaya apakah ini.? Lalu dijawab:

“Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia , mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang ketika mendengar azan. Yang kedua ialah cahaya wajah yang mengambil air sembahyang sebelum azan. Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka yang tatkala di dunia sudah bersiap di masjid sebelum azan lagi.”

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home

Megasutra - Portal Santapan Minda.

Kindly don't judge me with my blog...All the articles is my self expression as a human...The contents in this blog hopefully will not make all of you vex with me...

(c) 2007 tmnasir


(c) 2006 Mohamad Nasir B Tonny