Wednesday, July 12, 2006

Renung2kan...Wahai Temanku...

Untuk renungan kita bersama... Insyallah.
Dari manuscript lama yang tercatat di atas
kulit kambing yang dijumpai berkurun masihi di sebuah negara
"middle east". orang yang menulis tidak dapat dikesan. Ini adalah sesuatu
yang harus direnung dan di fikirkan bersama bukan setakat baca dan lupakan, harap
kita semua dapat mengelakkan diri kita terjatuh dalam golonggan seperti
dalam manuscript dibawah.


Amin....


Seorang nasrani berkata, " saya amat bersyukur kepada Allah
walaupun saya dilahirkan dalam bangsa nasrani. Ini kerana
saya lebih mulia dari bangsa Majusi".


Seorang majusi pula berkata, "saya juga
berasa amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa
Majusi. Ini kerana saya lebih mulia dari orang kafir"



Cuba kita meneliti dua perbualan diatas,
kita dapati, kedua-dua kafir tidak mengaku mereka kafir dan mereka saling
bandingkan dengan orang kafir... cuba kita lihat pula apa orang kafir
kata...

Seorang kafir pula berkata, "saya juga rasa
bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan kafir. Ini kerana
kafir lebih mulia dari dilahirkan sebagai anjing".


Anjing pula berkata, " saya juga bersyukur
kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai anjing.
Ini kerana anjing lebih mulia dari dilahirkan sebagai babi".
·

* Mari kita teka apa kah kesudahan perbualan
ini, dan cuba kita teka apakah yang babi akan kata dan siapakah yang
babi akan bandingkan dengan dia.

Babi pula berkata, "saya juga bersyukur
kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai seekor babi. Ini kerana
saya lebih mulia dari manusia yang tidak solat".


Ini adalah sebuah manuscript yang memberi
kesedaran kepada umat Islam yang masih tidur dan juga umat yang selalu
membandingkan diri mereka dengan insan yang lebih buruk dan lemah dari
mereka.
Jika ini berterusan, umat Islam tidak akan maju. Tercatat didalam
Al-Quran, bahawa umat islam yang meninggalkan solatnya akan menjadi
semakin banyak dan lumrah pada akhir zaman... adakah ini akan berlaku atau
sedang berlaku atau telah berlaku?

Sesungguhnya mati itu adalah benar, azab
neraka itu adalah benar dan syurga itu adalah benar...


Maha Suci ALLAH.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home

Megasutra - Portal Santapan Minda.

Kindly don't judge me with my blog...All the articles is my self expression as a human...The contents in this blog hopefully will not make all of you vex with me...

(c) 2007 tmnasir


(c) 2006 Mohamad Nasir B Tonny